Thursday, 4 August 2011

Ribut Istimewa: Apa Makna Ramadhan?

Salam ribut. Ramadhan kembali. Bulan yang dirindui para pencintanya. Bulan yang diburu setiap tahun. Siap ada lagu khas. Bulan Islam lain tak ada lagu. Lagu bulan Muharam, lagu Safar. Tiada. Namun bulan yang dianggap mulia ini (kerana umat Islam wajib berpuasa pada bulan ini saja), lebih "indah" jika dikhabarkan sekiranya ada amalan-amalan yang menambahkan "seri" dan warna-warni bulan tersebut.
Antara aktiviti tersebut ialah:
  • Mengimarahkan Drive-Thru McD....

oleh lelaki Muslim (bukan semua) kerana "menyangka"
waktu berbuka puasa sudah tiba pada jam 1 @ 2 petang...

  • Pada malamnya pula, bertarawih secara berjemaah...
    (juga lelaki, bukan semua)


...di pusat snooker sambil berpakaian baju Melayu di bulan yang mulia ini.
nasib tak pakai baju Melayu penuh...

  • Ini yang paling epik. Paling legend la kata orang.
    Belum mati dah naik van jenazah.


...sebab rajin sangat makan pada siang Ramadhan yang barakah...

Kepada semua anggota masyarakat, JANGAN IKUT SEMUA YANG DIPAPARKAN DI ATAS!
mana-mana yang ternampak tu, tegur2 la. yang baik kita anjur, yang buruk kita kasi hancur.
Apalah makna Ramadhan jika semua ini masih berleluasa dlm kalangan masyarakat.
bulan lain takkan tak puas makan? 11 bulan tu. kata orang, bodoh tu simpan sikit jangan bagi orang tengok. malu adik, abang. orang mengata kita kat belakang. bulan baik kita kasi jahanam, itu pasal hati jadi hitam legam. jangan kita nampak hanya berhambakan Ramadhan, tapi sepatutnyalah kita berhambakan Allah. Takut pada Allah. Takut-takut kita yang dipertanggungjawabkan. okey...semoga amalan baik seperti bertadarus, tarawih (di samping berpuasa) diteruskan. salam ribut. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment