Entri kali memang akan tembak tepat ke muka sesiapa sahaja, tak kira bangsa, jantina, atau apa sahaja kategori yg kamu cuba sebutkan...
MERUNGUT,
semua manusia pasti akan merungut lebih 3kali dalam sehari = 3x/hari
Bunyi memang macam simple dan relax je, namun jika kita ambil masa, dan fikirkan balik kenapa kita merungut, mengeluh, mahupun bersungut, ataupun kuat mengkritik, mungkin kita akan sedar yang kita ni sebenarnya tidak Bersyukur!
TAKUT??
- merungut petrol RON97 naik, namun yg mengeluh tu semuanya pengguna RON95
- mengeluh bila nak beli kuih, harganya 3biji kuih / RM1
- mengeluh kerana Malaysia terlalu panas
- mengeluh sebab tiada parking (parking asyik penuh di hadapan dan dalam shopping mall)
- suka kritik kerajaan?tetttt....
- tarif elektrik, air, dan bil ASTRO meningkat
"Kalau aku tak guna atau bayar perkhidmatan korang, takkan kayalah kau macam sekarang"
Betul ke? Setakat hilang seorang pelanggan macam anda ini, mereka takkan rugi apapun..
Channel mana lagi korang nak pilih utk tengok EPL? movie2 latest? Jangan dah ludah, korang jilat balik !!! |
Bagi mahasiswa dan pelajar pula, rungutan berlaku apabila:
- Lambakan esaimen dalam 1 masa (walhal tempoh diberi 2 bulan lepas)
- kena saman parking dan tiada kad pelajar (undang2 ada, ikutlah)
- makanan kafe mahal! (beli sayur, ikan, masak sendiri..lagi memenatkan)
- yuran pengajian U mahal berbanding berbanding IPTA (a), IPTA (b), bla3... (setiap pentadbiran utk memudahkan,bukan menyusahkan)
- dan banyak lagi, anda boleh fikirkan sendiri sebab rungutan adalah darah daging manusia alaf ini.
Makanya, apa kita kita mulakan hari ini denganKURANGKAN RUNGUTAN, CUBA ADAPTASI KEADAAN.
Mulai hari ini, cuba bijak berbelanja dan membeli apa yang perlu sebagai contoh:
- kalau tak mahu bil ASTRO mahal, langgan pakej basic je
- jangan suka melancong, maka jimat petrol
- bercucuk tanam (beras, sayur, dan ternak ikan sendiri) maka, tiada poin utk beli makanan luar
- mandi di surau atau masjid berdekatan (jimat air)
Pastinya hidup kita akan lebih diberkati, kurang dosa kering, dan paling penting terjamin daripada tekanan perasaan!! Assalamualaikum...