Saturday, 26 November 2011

Maal Hijrah Pencetus Transformasi Insaniah


Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana kita diberikan nafas lagi untuk berhujah, menikmati keindahan ciptaan Allah, beribadah, menghambakan diri kepadaNya...

Sesungguhnya, diharapkan agar lembaran baharu yang bakal dibuka ini menjadi faktop penggetus semangat Melayu yang lebih berdaya saing, menjadi Melayu yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri, agama, keluarga, dan tanahair, menjadi Melayu yang tidak sombong, tidak berjanji dalam borak, malahan insyaAllah menjadi Melayu yang lebih Melayu dari semalam, Melayu yang Unggul.

Seharusnya, kita perlu bersatu menolak bersama anasir luar yang cuba datang menggoncang. Tolak jauh-jauh agar kemakmuran dapat kita lestarikan bersama. Semoga tahun baharu 1433 hijrah ini menjadi setidak-tidaknya titik permulaan keindahan peribadi kita sebagai insan, khasnya sebagai mahasiswa dunia cabaran baharu agar lebih menonjol dalam hujahnya, terampil dalam akademiknya, kegimlang sifat kemasyarakatannya. InsyaAllah.

Akhirnya, ributpemikir mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram 1433 HIJrah dengan penuh syukur dan rendah diri, serta merafakkan diri mendekati Maha Pencipta.

Wassalam...

Yang Benar,
Rafiuddin bin Rabu
Norazman bin Razali

No comments:

Post a Comment