Friday 5 August 2011

Untuk Kamu Yang Suka Merungut

Entri kali memang akan tembak tepat ke muka sesiapa sahaja, tak kira bangsa, jantina, atau apa sahaja kategori yg kamu cuba sebutkan...
MERUNGUT, 
semua manusia pasti akan merungut lebih 3kali dalam sehari = 3x/hari


Bunyi memang macam simple dan relax je, namun jika kita ambil masa, dan fikirkan balik kenapa kita merungut, mengeluh, mahupun bersungut, ataupun kuat mengkritik, mungkin kita akan sedar yang kita ni sebenarnya tidak Bersyukur!

TAKUT??

Memang itulah selayaknya, kerana apalah salahnya jika kita cuba adaptasikan sesuatu berbanding meminta keadaan yg Lebih Baik? Seperti;
  • merungut petrol  RON97 naik, namun yg mengeluh tu semuanya pengguna RON95
  • mengeluh bila nak beli kuih, harganya 3biji kuih / RM1 
  • mengeluh kerana Malaysia terlalu panas
  • mengeluh sebab tiada parking (parking asyik penuh di hadapan dan dalam shopping mall)
  • suka kritik kerajaan?tetttt....
  • tarif elektrik, air, dan bil ASTRO meningkat
dan banyak lagi... Apa kata kita ambil sedikit masa dan cuba optimis sedikit. Kita fikirkan usaha dan keringat mereka ini, kita sekadar pengguna, hidup menadah je, jangan fikir diri trlalu hebat!

"Kalau aku tak guna atau bayar perkhidmatan korang, takkan kayalah kau macam sekarang"

Betul ke? Setakat hilang seorang pelanggan macam anda ini, mereka takkan rugi apapun..

Channel mana lagi korang nak pilih utk tengok EPL? movie2 latest? Jangan dah ludah, korang jilat balik !!!


Bagi mahasiswa dan pelajar pula, rungutan berlaku apabila:
  • Lambakan esaimen dalam 1 masa (walhal tempoh diberi 2 bulan lepas)
  • kena saman parking dan tiada kad pelajar (undang2 ada, ikutlah)
  • makanan kafe mahal! (beli sayur, ikan, masak sendiri..lagi memenatkan)
  • yuran pengajian U mahal berbanding berbanding IPTA (a), IPTA (b), bla3... (setiap pentadbiran utk memudahkan,bukan menyusahkan)
  • dan banyak lagi, anda boleh fikirkan sendiri sebab rungutan adalah darah daging manusia alaf ini.

Makanya, apa kita kita mulakan hari ini dengan 
KURANGKAN RUNGUTAN, CUBA ADAPTASI KEADAAN.

Mulai hari ini, cuba bijak berbelanja dan membeli apa yang perlu sebagai contoh:
  • kalau tak mahu bil ASTRO mahal, langgan pakej basic je
  • jangan suka melancong, maka jimat petrol
  • bercucuk tanam (beras, sayur, dan ternak ikan sendiri) maka, tiada poin utk beli makanan luar
  • mandi di surau atau masjid berdekatan (jimat air)

Pastinya hidup kita akan lebih diberkati, kurang dosa kering, dan paling penting terjamin daripada tekanan perasaan!! Assalamualaikum...

Thursday 4 August 2011

Ribut Istimewa: Apa Makna Ramadhan?

Salam ribut. Ramadhan kembali. Bulan yang dirindui para pencintanya. Bulan yang diburu setiap tahun. Siap ada lagu khas. Bulan Islam lain tak ada lagu. Lagu bulan Muharam, lagu Safar. Tiada. Namun bulan yang dianggap mulia ini (kerana umat Islam wajib berpuasa pada bulan ini saja), lebih "indah" jika dikhabarkan sekiranya ada amalan-amalan yang menambahkan "seri" dan warna-warni bulan tersebut.
Antara aktiviti tersebut ialah:
  • Mengimarahkan Drive-Thru McD....

oleh lelaki Muslim (bukan semua) kerana "menyangka"
waktu berbuka puasa sudah tiba pada jam 1 @ 2 petang...

  • Pada malamnya pula, bertarawih secara berjemaah...
    (juga lelaki, bukan semua)


...di pusat snooker sambil berpakaian baju Melayu di bulan yang mulia ini.
nasib tak pakai baju Melayu penuh...

  • Ini yang paling epik. Paling legend la kata orang.
    Belum mati dah naik van jenazah.


...sebab rajin sangat makan pada siang Ramadhan yang barakah...

Kepada semua anggota masyarakat, JANGAN IKUT SEMUA YANG DIPAPARKAN DI ATAS!
mana-mana yang ternampak tu, tegur2 la. yang baik kita anjur, yang buruk kita kasi hancur.
Apalah makna Ramadhan jika semua ini masih berleluasa dlm kalangan masyarakat.
bulan lain takkan tak puas makan? 11 bulan tu. kata orang, bodoh tu simpan sikit jangan bagi orang tengok. malu adik, abang. orang mengata kita kat belakang. bulan baik kita kasi jahanam, itu pasal hati jadi hitam legam. jangan kita nampak hanya berhambakan Ramadhan, tapi sepatutnyalah kita berhambakan Allah. Takut pada Allah. Takut-takut kita yang dipertanggungjawabkan. okey...semoga amalan baik seperti bertadarus, tarawih (di samping berpuasa) diteruskan. salam ribut. Assalamualaikum!

Ribut Budaya: Lepak: Apa Ironinya?



Seringkali budaya lepak dikaitkan dengan golongan muda yg dianggap masyarakat sebagai perbuatan;
  • tidak berfaedah
  • membuang masa
  • berpeleseran
  • serta mengganggu ketenteraman awam
Namun kita lupa bahawa semua peringkat umur terjebak dalam isu ini, samada secara serius atau tidak. Pakcik, terutama di kawasan Pantai Timur melepak di warung kerana musim tengkujuh, tidak boleh turun ke laut.

Itu kes lain (tapi,kalau pakcik duduk rumah ajar anak mengaji lagi ok kot, simpan duit tu sikit yea?)


SERIUS?
Tidak salah jika ingin bertemu rakan dan kenalan, bersembang dan bertukar-tukar idea, namun jika ianya melibatkan masa yg lama (lebih 3 jam) dan isu hanyalah picisan (awek,trend,fesyen) dan tiada nasihat, itu buang masa namanya.

ELAKKAN daripada terpengaruh tergoda utk jadikan lepak sebagai trend,kerana ianya hanyalah memenatkan jika:
  • lepak di tepi shopping mall dalam panas terik
  • atas motor (parking lot atau tepi tembok kampung)
  • tiada isu atau masalah utk diselesaikan
  • warung kopi dari breakfast hingga ke supper 

Lain pula halnya jika keluar lepak utk tolong selesaikan masalah kenalan, seperti kecundang dlm cinta, family problems, dan isu pendirian (identiti ke, ah ikut suka korang la nak taruk apa...).

Mesti sangat seronok kalau korang lepak selepas bermain futsal, berkongsi tips dan skil permainan, ataupun minum di warung sebentar sebelum pulang ke rumah. Bagi aku, ianya OK!
Makanya, anda sudah bijak dan boleh berfikir, daripada lepak sana-sini tiada apa, baik korang tolong mak ayah kemas rumah, tak pun bersukan,syokk ohh...


Ribut Patriotisme: Merdeka! Semangat atau Mengikut Kawan?


Salam ribut utk semua. salam ramadan kpd yg beragama Islam. MERDEKA. ungkapan yang dah beratus-ratus kali didengar. kira la 53 tahun x 7 kali = 371 kali. merdeka ni korang tau ke apa dianya? sebut je tau. sebut merdeka, budak kecik x pandai membaca pun reti, dah dengar mak bapak dia teriak merdeka, merdeka. merdeka ni senang cakap la, kebebasan daripada belenggu penjajah. penjajah tu hapa? yg mat salleh tindas, bunuh orang kita, peras ekonomi kita zaman dulu tu la dia penjajah. ok jelas. sekarang ni nak kesah pasal semangat patriotik.Tanya anak muda,apa itu patriotik? Jawapannya, Sayang Malaysia!


Semangat apa? Merdeka la. Negara ni dah ramai dengan penduduk muda. Berapa peratus yang lahir & hidup sebelum merdeka. Diorang ni punya semangat jangan cerita beb. Kalau lalu orang putih depan dia, rasa nak pijak2. macam tu punya BENCI dan MARAH.Diorang ni alami sendiri susah zaman tu. kita yang majoriti muda ni, lahir-lahir je dah tengok, ah majunya negara aku  kita, senangnya hidup zaman ni. 
MEMANG SENANG! 
Tapi kau tak tau SUSAHnya mereka yang juang nak mati (al-Fatihah) demi MERDEKA??
Kau tahu apa? Balas jasa diorang dengan hentam negara sendiri? buat jenayah, demonstrasi jalanan? Apa semua ni? Merdekakah minda anda? Itukah SEMANGAT yang korang ada?
 
Itu belum lagi ikut kawan. Merdeka. Kau pun ikut merdeka. Merdeka daripada kongkongan keluarga...Pergi rosakkan akhlak di ibu kota. Yelah...MERDEKA. 


Adalah lebih baik la korang sokong Harimau Malaya, tu team bola sepak negara kita la wei. Kat situ boleh nampak siapa patriotik siapa psikotik. Kenapa korang tak terapkan semangat patriotik korang dlm sokong team bola Malaysia, sama macam korang sambut Malaysia merdeka? tak susah kan?


Jalur Gemilang TERBALIK??
Bendera satu hal. jangan korang 
gantung terbalik, hormat. cuba korang kena gantung terbalik, suka ke? so sebelum apa-apa terjadi, baik la korang ubah sikap dan mentaliti korang yang belum merdeka ni untuk jadikan hari merdeka ke-54 ni nanti (raya!!!) adalah yang terbaik. negara korang negara aku jugak. 
Salam ribut...Assalamualaikum!!