Friday 12 August 2011

Bersaudara dengan Syaitan: Tips & Tricks for Dummies

Entri kali ini begitu ganas namanya, tapi kalau tak baca sampai habis, maka anda membuat andaian melulu...

Ramai di antara kita sudahpun mengikat hubungan persaudaraan dengan syaitan, meskipun umum maklum bahawa syaitan adalah musuh manusia yang paling nyata. Tapi mereka ni siap boleh buat saudara lagi...yang powernya, tanpa perantaraan bomoh, pawang dan dukun. Hebat? Ya...memang hebat. Dan anda tak perlu bekerja lebih masa untk menjadi bomoh bla3...semuanya sudah sebati dalam hidup.


Tip pertama: Buangkan masa secara berleluasa. 
Buang jela. Masa kan bukan emas...Ke korang tak minat dengan emas? Buat kerja tu kalau boleh jangan cepat-cepat sangat nak bereskan...hari esok kan ade lagi...kalau student pulak, assignment pulak tak payah buat cepat-cepat...nanti dah dekat dateline baru la buat...siap jugak apa? Kan senang...nanti takut terlupa pulak dah buat ke belum...dan dengan tu secara automatik korang dah import syaitan sebagai saudara...gempak oh!


Tip kedua: Gunakan tenaga berlebihan. 
Ni bukan tenaga badan...tapi tenaga mcm elektrik, air dll. Gunakan je...negara kita ni kan kaya, banyak sumber...arang batu, hidro...nanti takkan habis la...TV, kipas, aircond biarkan je terpasang...pasal air plak, kan kite banyak empangan kat negara ni, ah takkan habis nye la...siap masuk berita lagi rakyat Malaysia merupakan pengguna tertinggi sumber air dengan purata 280 liter sehari...negara mewah mesti kena tunjuk, kan? kesian kat negara lain, miskin air, purata bawah 200 liter...bangga la sikit...ha sekarang boleh la pilih syaitan mana nak jadi saudara korang, raya nanti datang la umah diorg ekk....


Tip ketiga: Membuang duit
Ini khas utk entri bulan Ramadan dan Syawal yang akan menjelang ni. jom la buang duit...bakar duit...beli yang entah apa-apa...ramai di antara kita tak ikat nafsu betul2...beli ikut suka bapak kau je kat bazar Ramadan tu...beli je, kan korang yang nak kayakan peniaga...korang sakit perut ke nanti apa ke tak kesah pun kan...sebab dapat makan...yang kenyang, tong sampah depan umah korang tu...pasal nak raya pulak, shopping je segala mak nenek, semua nak tukar baru...orang puji, korang suka, ye la siapa tak makan puji kan...biar berhutang sekalipun, janji rumah lawa beb, baru tak kalah dengan jiran sebelah....so syaitan mana korang nak untuk jadi saudara, pilih-pilih...ha macam korang pilih juadah bazar Ramadan tu la...ekekeke

Well itulah 3 tips dan tricks utk bersaudara dengan syaitan. Mudah kan? 
Selamat mencuba. Ke korang tengah buat? 
BERHENTI!!! 
Hidup dengan bersederhana lebih baik...Renungkanlah entri ini. Assalamualaikum..

Thursday 11 August 2011

Egonya KAMU

Entri kali ini memang amat pedas,dan memang kena pada nama blog ini iaitu ributpemikir..
Isunya harus keras dan menusuk kalbu agar melahirkan kesedaran pembaca...

:: Anda Haru Ingat bahawa Niat tidak Mengahalalkan Cara::

Pasti kita semua pernah menepuhi alam persekolahan dan kepada mahasiswa/siswi sekalian juga pasti ada tergerak untuk melakukan ini juga, tidak kisah samada dalam peperiksaan ataupun ketika membuat assignment (berlambak ohh) iaitu MENIRU. Bukan di sini sahaja, malah dalam apa jua situasi pun ada kegiatan MENIRU atau PLAGIAT ini.


Kenapa buat? Sebab;
  1. jalan mudah untuk berjaya
  2. malu selalu disindir sbgai org Bodoh
  3. ingin rasa nikmat disanjung (markah tinggi)
  4. malas berusaha mencari bahan sendiri


Namun,anda harus sedar, banyak pihak terkena tempiasnya
  1. anda = tidak akan pernah pandai sbb tiru hasil orang lain
  2. majikan = terasa ditipu dan menggaji org yg tidak layak
  3. ibu bapa = malu ohh kalau korang kantoi tiru dlm exam...
dalam alam maya pun,ramai yg sebegini... Mengaku ianya idea mereka dan usaha itu adalah titik peluh mereka, sedangkan mereka PENIPU SIBER!
 LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA

Kemerdekaan ke-54 2011, minda Malaysia masih terjajah..


Rasuah, Sogokan seringkali disalah tafsir sebagai "hadiah", untuk menghalalkan apa yg Haram.
Segenap lapis masyarakat Malaysia terkongkong dalam jenayah kolar putih ini, dan jenis rasuah seperti;
  1. rasuah seks (tubuh badan sebagai "habuan)
  2. rasuah harta (duit, hamper, barangan)
  3. rasuah pangkat (berikan jawatan)
  4. rasuah cuti (majikan dan anak buah)

Penjawat kerajaan, perlu amanah!!

Seharusnya, kita harus sedar ianya rezeki yg tidak Halal dimakan dan elakkanlah kerana ianya melibatkan banyak pihak dan seakan-akan mencabar Yang Maha Kuasa.

Egokah kamu? Kerana taksub mengejar harta, Menolak Pahala?
Pejamkan mata, renungkanlah... Assalamualaikum!!