Wednesday 21 December 2011

Serabut Melayu Biadab

Adam Adli;

Belum reda dengan kes pelajar tajaan PETRONAS yang hilang sejak 2009 dan didapati berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, satu kes lain pula timbul. pernikahan gay. mohon klik sini

Segerombolan gengster dan pencabar kerajaan dengan hebat dan ANGKUHNYA menurunkan bendera panji lambang wajah PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak di perkarangan Dataran Dato' Onn, PWTC, 17 Disember yang lalu dan menggantikan dengan bendera mereka, BEBAS simbolik terhadap penggulingan DS Najib dan mewujudkan kebebasan akademik, di mana mahasiswa bebas mencaci dan mengaibkan pemimpin negara dengan mudahnya.

Aku tak tahu kenapa bendera wajah DS Najib disamakan dengan Union Jack?

Bagi ribut pemikir, kau bertindak dengan bijak, kerana kau membunuh masa depan kau sendiri. 
Usah menjadi jagoan kampung andai kau masih bacul berselindung di balik puak-puak "free thinker" kau itu.

Aku nak pesan satu sahaja, kalau benar kau benci kerajaan,
usah kau ambil Baucer Buku RM200 itu. 
AKU CABAR KAU! 
Persetankan dengan alasan klise kau bahawa, "bapa kau juga membayar cukai"
Kerajaan mampu memulangkan kembali duit bayaran cukai yang bapak kau telah bayar, hiduplah kau dalam kepompong suara lantang kau sendirian. Pada akhirnya, aku pasti kau juga akan menjadi hamba kerajaan, bekerja untuk kerajaan, turut menjana ekonomi negara.

Doa aku, harap kau bergraduasi dengan jayanya. Mohon sekolah mana yang BERANI, mohon ambil beliau menjadi guru di sekolah anda. Beliau adalah HERO dan BERMINDA KRITIS. Apa pun tak boleh.

Aku berharap semuanya akan kembali tenang dan rakyat Malaysia akan kembali hidup aman dan damai tanpa perlu melihat sifat terdesak manusia untuk menjadi artis, seperti ini daripada berlaku lagi.

Assalamualaikum...