Thursday 25 August 2011

Merdeka-kah Aidilfitri Mahasiswa




Assalamualaikum, salam ribut taufan !

Entri kali ini akan berbicara soal kemerdekaan dalam jiwa mahasiswa. Semua sedia maklum bahawa tahun 2011 adalah tahun perayaan berganda utk rakyat Malaysia kerana Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 disambut hampir serentak, dan sejak awal bulan lagi, kempen kibaran Jalur Gemilang sudah galak dijalankan. 

Mahasiswakah kita jika kita sibuk bersorak mengganti Langsir baharu, membeli baju raya (siap sulam dan tabur manik di leher dan lengan baju) sedangkan tidak pernah membeli BENDERA JALUR GEMILANG untuk dikibarkan di halaman rumah? cukup merdekakah kita sahabat?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Isu ini terbangkit bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya kita ambli masa kenang kembali jasa pahlawan tanahair, walaupun berbeza zaman namun letupan dan bahan api masih tetap digunakan, cuma berbeza tujuan;
  • dahulunya perajurit menggunakan senjata api untuk mempertahankan negara dari ancaman musuh
  • kini, anak muda meleburkan jari denagn bahan api (mercun) utk keseronokan sementara

Kepada bakal mahasiswa yg bakal melangkah ke alam varsiti, samada IPTA mahupun IPTS, kami mengucapkan tahniah dan syabas atas pencapaiana anda, dan diharapkan anda sebagai remaja mampu menyumbangkan sesuatu untuk negara, bukan Memalukan Negara !!

Usah ditanya apa yang Negara telah lakukan untuk kita, 
Tanyalah Apa yang telah Kita lakukan pada Negara...

Soalnya, raya itu perlu, dan memperingati sejarah Kemerdekaan Itu WAJIB !!!


Larian 1Malaysia UKM 2010
Kad Pengenalan Perdana Menteri terdahulu...