Saturday 14 January 2012

:: Serabut Fikir: Pendidikan dan Sahsiah, Pendapat? ::

Assalamualaikum dan salam keributan!

Hari ni tajuk agak berat lah. Bukan nak perleceh kerajaan. Tidak sama sekali. Tapi cuma nak diri kita semua fikir kita ni sudah pandai atau belum menilai. Kalau nak dikira dah pandai tu, rasanya tak ada. Semua manusia belum pandai. Ilmu ni takkan habis diteroka, bro. Okey, mungkin bukan istilah 'pandai' yang patut digunakan, tetapi bijak mengawal diri. Itu dah cukup. Kenapa? Jom kita tengok.


Kenalkah anda pada dua wajah comel dan cantik ini? Anda tahu jawapannya. Dua pelajar pintar Malaysia, kini di bumi asing. Di United Kingdom. Seorang pintar matematik. Seorang lagi dalam bidang perubatan. Semua orang tahu mengapa mereka jadi begitu (saya tidak mahu terangkan apa yang terjadi), tapi saya mahu anda fikirkan, mengapa perkara sebegitu boleh terjadi kepada WANITA, MELAYU, AGAMA ISLAM. Tidakkah pelik? Ya bagi saya ini adalah sesuatu perkara yang cukup PELIK untuk didengar. Akan ada puak2 yang mungkin bersuara, "alah kat Malaysia tu pun lagi banyak yang buang agama, tak tutup aurat, kenapa kat UK sana yang diheboh2 kan." Betul. Memang tak salah pun. Tapi sampai bila kita harus mengomel, mengeluh dan membantah? Apa yang dibantah? Ya. KURANGNYA PAKSAAN UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA ISLAM. Itu kata kuncinya.

Mereka ni tinggal di UK, di mana kebebasan sosial di tahap maksimum. Memang saya tidak pernah ke UK, tapi kalau nak banding dengan Malaysia, kalah kita. Jangan pertikai lah. Okey, mereka perlukan kawan untuk survival hidup. Ada ke kawan MELAYU? Yang ramai? ORANG PUTIH. Terpengaruhlah. Itu saja. Akidah dalam hati tu kena kuat. Tapi kat MALAYSIA ni pulak yang pelik. PENDIDIKAN ISLAM tak termasuk dalam mata pelajaran yang wajib lulus. APA KE HALNYE? Sekolah Menengah Kebangsaan ni semua SEKULAR ke? Tau tak sekular tu apa? Kalau tak tau, sekular tu mengasingkan agama daripada kehidupan.
APA SEBAB? Ntah, itu kena tanya kerajaan. Yang kena lulus (baru2 ni) SEJARAH.

Apakah langkah memperkenalkan mata pelajaran Sejarah sebagai wajib lulus (selepas subjek Bahasa Melayu ) sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Apakah dia Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Adakah insan seperti Sufiah dan Amalina sudah SEIMBANG dari segi ROHANI nya? Saya menyokong penuh sekiranya PENDIDIKAN ISLAM diangkat sebagai subjek wajib lulus. Namun sebaliknya pula berlaku.

SEJARAH pula yang dibanggakan? LULUS saja pulak tu. Ni belum lagi mereka yang tak sekolah agama. Apa pengisian Pendidikan Islam kalau belajarnya pun tak wajib lulus? Adakah dengan tak wajib lulus, kita lulus dengan Allah? Kerana itulah Sufiah dan Amalina jadi macam tu. Ibu bapa memang kena main peranan, tak boleh dok diam je. Tugas ni bukan kerajaan je yang nak buat. Anak kau, kau lah jaga. Kerajaan tolong jer bagi PANDAI. Err, pandai? Tak fikir mereka dah pandai, selagi SAHSIAH kurang dan GAGAL. Bukan menghina, saya sendiri tidak sempurna. Tanggungjawab semua la semua ni. Bak kata pepatah,

"Cuit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya."

Akhir sekali, saya ingin memetik komen daripada seorang teman Facebook saya:

"Sistem pendidikan kat malaysia kene 'modify'. 'balance' agama & dunia. baru pelajar tinggi pengetahuan dan nilai moral". 
Saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Tidak bermaknalah FPK sekiranya produk yang harus dibanggakan seperti dua orang wanita itu cemerlang akademik tetapi gagal sahsiahnya. Teguran ini bukan untuk mereka berdua sahaja, tetapi untuk semua yang memegang tampuk Kementerian Pelajaran. Selaraskan FPK dengan tindakan yang TEPAT. Nasib anak bangsa dalam tangan kita sendiri.

Sekian wassalam.