Tuesday 13 September 2011

Serabut Jiwa : MALAS

Assalamualaikum sahabat...

Pertama sekali Rafi (aku) dan kawan aku, Azman minta maaf sangat sebab kami baru start kuliah minggu ini di UKM setelah berguling-guling di rumah selama 4 bulan... Baru masuk, sibuk sikit. Daftar kursus, uruskan jadual. Anda mahasiswa, anda pasti paham. Tapi, kami bukan malas nak update entri baharu, cuma kekangan masa je (ini bukan alasan, harap maklum)

MALAS itu biasa, dan kenapa kita malas? sebab kita rasakan masih ada tempoh yg panjang di kemudian waktu utk kita kasi settle masalah tu. Tapi kita silap, kerana ianya akan menjerat kita dgn timbunan BEBAN yg lebih menggunung nanti.


Makanya, korang perlu nilai sendiri, adakah malas ini berbaloi?
tak semua malas itu NEGATIF, ada juga baiknya...

  • malas pergi lepak
  • malas nk keluar makan malam
  • malas nak kutuk2 orang
Elakkan perkara melalaikan dan cuba percepat selesaikan urusan perkara yg memberi manfaat...
Jika anda malas di U, sampai matilah takkan berubah perangai, percayalah!