Saturday, 14 January 2012

:: Serabut Fikir: Pendidikan dan Sahsiah, Pendapat? ::

Assalamualaikum dan salam keributan!

Hari ni tajuk agak berat lah. Bukan nak perleceh kerajaan. Tidak sama sekali. Tapi cuma nak diri kita semua fikir kita ni sudah pandai atau belum menilai. Kalau nak dikira dah pandai tu, rasanya tak ada. Semua manusia belum pandai. Ilmu ni takkan habis diteroka, bro. Okey, mungkin bukan istilah 'pandai' yang patut digunakan, tetapi bijak mengawal diri. Itu dah cukup. Kenapa? Jom kita tengok.


Kenalkah anda pada dua wajah comel dan cantik ini? Anda tahu jawapannya. Dua pelajar pintar Malaysia, kini di bumi asing. Di United Kingdom. Seorang pintar matematik. Seorang lagi dalam bidang perubatan. Semua orang tahu mengapa mereka jadi begitu (saya tidak mahu terangkan apa yang terjadi), tapi saya mahu anda fikirkan, mengapa perkara sebegitu boleh terjadi kepada WANITA, MELAYU, AGAMA ISLAM. Tidakkah pelik? Ya bagi saya ini adalah sesuatu perkara yang cukup PELIK untuk didengar. Akan ada puak2 yang mungkin bersuara, "alah kat Malaysia tu pun lagi banyak yang buang agama, tak tutup aurat, kenapa kat UK sana yang diheboh2 kan." Betul. Memang tak salah pun. Tapi sampai bila kita harus mengomel, mengeluh dan membantah? Apa yang dibantah? Ya. KURANGNYA PAKSAAN UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA ISLAM. Itu kata kuncinya.

Mereka ni tinggal di UK, di mana kebebasan sosial di tahap maksimum. Memang saya tidak pernah ke UK, tapi kalau nak banding dengan Malaysia, kalah kita. Jangan pertikai lah. Okey, mereka perlukan kawan untuk survival hidup. Ada ke kawan MELAYU? Yang ramai? ORANG PUTIH. Terpengaruhlah. Itu saja. Akidah dalam hati tu kena kuat. Tapi kat MALAYSIA ni pulak yang pelik. PENDIDIKAN ISLAM tak termasuk dalam mata pelajaran yang wajib lulus. APA KE HALNYE? Sekolah Menengah Kebangsaan ni semua SEKULAR ke? Tau tak sekular tu apa? Kalau tak tau, sekular tu mengasingkan agama daripada kehidupan.
APA SEBAB? Ntah, itu kena tanya kerajaan. Yang kena lulus (baru2 ni) SEJARAH.

Apakah langkah memperkenalkan mata pelajaran Sejarah sebagai wajib lulus (selepas subjek Bahasa Melayu ) sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan? Apakah dia Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah: "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Adakah insan seperti Sufiah dan Amalina sudah SEIMBANG dari segi ROHANI nya? Saya menyokong penuh sekiranya PENDIDIKAN ISLAM diangkat sebagai subjek wajib lulus. Namun sebaliknya pula berlaku.

SEJARAH pula yang dibanggakan? LULUS saja pulak tu. Ni belum lagi mereka yang tak sekolah agama. Apa pengisian Pendidikan Islam kalau belajarnya pun tak wajib lulus? Adakah dengan tak wajib lulus, kita lulus dengan Allah? Kerana itulah Sufiah dan Amalina jadi macam tu. Ibu bapa memang kena main peranan, tak boleh dok diam je. Tugas ni bukan kerajaan je yang nak buat. Anak kau, kau lah jaga. Kerajaan tolong jer bagi PANDAI. Err, pandai? Tak fikir mereka dah pandai, selagi SAHSIAH kurang dan GAGAL. Bukan menghina, saya sendiri tidak sempurna. Tanggungjawab semua la semua ni. Bak kata pepatah,

"Cuit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya."

Akhir sekali, saya ingin memetik komen daripada seorang teman Facebook saya:

"Sistem pendidikan kat malaysia kene 'modify'. 'balance' agama & dunia. baru pelajar tinggi pengetahuan dan nilai moral". 
Saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Tidak bermaknalah FPK sekiranya produk yang harus dibanggakan seperti dua orang wanita itu cemerlang akademik tetapi gagal sahsiahnya. Teguran ini bukan untuk mereka berdua sahaja, tetapi untuk semua yang memegang tampuk Kementerian Pelajaran. Selaraskan FPK dengan tindakan yang TEPAT. Nasib anak bangsa dalam tangan kita sendiri.

Sekian wassalam.

Tuesday, 3 January 2012

:: Ayuh Anak Muda Kita Bersyukur ::

Assalamualaikum, salam Ribut pemikir Semua!!

Oh Semak! Serabut kepala penulis dengan hujan dan tohmahan jijik yang kami mahasiswa terpaksa terima akibat pekung yang si Adam Adli dan geng puak-puak Solidariti Mahasiswa Malaysia yang sibuk mencanang KEBEBASAN AKADEMIK. Sehingga kini, kami tidak pasti apa motif mereka membawa keranda dan potret DS Najib bersama dan di kalungkan bunga (simbolik kematian dalam agama Hindu). Sungguh KEJI.







Mereka perlu tekun mengulangkaji dan bersedia menghadapi PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2011/2012 yang bermula serentak hari ini, 3 JANUARI hingga 20 JANUARI 2012. Tidak bermakna tidak berdemonstrasi itu adalah mahasiswa LEMBU dan lembab, sebaliknya kami bijak menilai, baik buruknya tindakan itu. Banyak lagi saluran BAGUS boleh dipilih. Oh!

Baiklah. Tenang!

Baucer Buku 1MALAYSIA

Ini ada perkhabaran gembira untuk kita semua.
Tak payah nak benci kerajaan sangat, sebab kini kerajaan prihatin dan cakna akan masalah kewangan pelajar.AUKU? Tenang,sedang dirombak. Mohon bersabar.
Rapatkan barisan,pergi ramai-ramai ke pejabat pentadbiran IPT masing-masing tuntut hak kita (secara budi bicara dan beradab) dan jangan pula kau rempuh pintu kaca pejabat tu... OH!!


Wednesday, 21 December 2011

Serabut Melayu Biadab

Adam Adli;

Belum reda dengan kes pelajar tajaan PETRONAS yang hilang sejak 2009 dan didapati berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, satu kes lain pula timbul. pernikahan gay. mohon klik sini

Segerombolan gengster dan pencabar kerajaan dengan hebat dan ANGKUHNYA menurunkan bendera panji lambang wajah PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak di perkarangan Dataran Dato' Onn, PWTC, 17 Disember yang lalu dan menggantikan dengan bendera mereka, BEBAS simbolik terhadap penggulingan DS Najib dan mewujudkan kebebasan akademik, di mana mahasiswa bebas mencaci dan mengaibkan pemimpin negara dengan mudahnya.

Aku tak tahu kenapa bendera wajah DS Najib disamakan dengan Union Jack?

Bagi ribut pemikir, kau bertindak dengan bijak, kerana kau membunuh masa depan kau sendiri. 
Usah menjadi jagoan kampung andai kau masih bacul berselindung di balik puak-puak "free thinker" kau itu.

Aku nak pesan satu sahaja, kalau benar kau benci kerajaan,
usah kau ambil Baucer Buku RM200 itu. 
AKU CABAR KAU! 
Persetankan dengan alasan klise kau bahawa, "bapa kau juga membayar cukai"
Kerajaan mampu memulangkan kembali duit bayaran cukai yang bapak kau telah bayar, hiduplah kau dalam kepompong suara lantang kau sendirian. Pada akhirnya, aku pasti kau juga akan menjadi hamba kerajaan, bekerja untuk kerajaan, turut menjana ekonomi negara.

Doa aku, harap kau bergraduasi dengan jayanya. Mohon sekolah mana yang BERANI, mohon ambil beliau menjadi guru di sekolah anda. Beliau adalah HERO dan BERMINDA KRITIS. Apa pun tak boleh.

Aku berharap semuanya akan kembali tenang dan rakyat Malaysia akan kembali hidup aman dan damai tanpa perlu melihat sifat terdesak manusia untuk menjadi artis, seperti ini daripada berlaku lagi.

Assalamualaikum...

Saturday, 26 November 2011

AUKU: Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971


Salam 1Malaysia. Pastinya terdapat pelbagai respon dari sahabat-sahabat dan tuan-tuan berkenaan Seksyen 15 AUKU yang bakal dipinda, baca sini



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh anak muda semua...
1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Tun Hussein bin Dato' Onn (February 12, 1922—May 29, 1990)

Maal Hijrah Pencetus Transformasi Insaniah


Assalamualaikum dan syukur alhamdulillah kerana kita diberikan nafas lagi untuk berhujah, menikmati keindahan ciptaan Allah, beribadah, menghambakan diri kepadaNya...

Sesungguhnya, diharapkan agar lembaran baharu yang bakal dibuka ini menjadi faktop penggetus semangat Melayu yang lebih berdaya saing, menjadi Melayu yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri, agama, keluarga, dan tanahair, menjadi Melayu yang tidak sombong, tidak berjanji dalam borak, malahan insyaAllah menjadi Melayu yang lebih Melayu dari semalam, Melayu yang Unggul.

Seharusnya, kita perlu bersatu menolak bersama anasir luar yang cuba datang menggoncang. Tolak jauh-jauh agar kemakmuran dapat kita lestarikan bersama. Semoga tahun baharu 1433 hijrah ini menjadi setidak-tidaknya titik permulaan keindahan peribadi kita sebagai insan, khasnya sebagai mahasiswa dunia cabaran baharu agar lebih menonjol dalam hujahnya, terampil dalam akademiknya, kegimlang sifat kemasyarakatannya. InsyaAllah.

Akhirnya, ributpemikir mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram 1433 HIJrah dengan penuh syukur dan rendah diri, serta merafakkan diri mendekati Maha Pencipta.

Wassalam...

Yang Benar,
Rafiuddin bin Rabu
Norazman bin Razali

Thursday, 3 November 2011

:: Serabut Fenomena - Bebasnya Kau Bersuara ::

Negara digemparkan lagi dgn fenomena LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, and Transgender) di Malaysia. Kali nie, penganjurnya, peguam penuh kontroversi, akak Ambiga pada 1-13 November di KL dgn tema “Queer Without Fear”. MASYA'ALLAH


Tak serik-serik? 

Memang itulah hujah yg paling tepat utk kita palitkan pada akak Peguam Penuh lantang nie. seksualiti rakyat merdeka ini dibuat utk konon nak tolong bangsa "teraniaya dan membela nasib mereka. Apa jadahnya? Kami rasakan yang event ini hanyalah satu lagi agenda utk Ambiga meraih undi bukan Melayu dan mungkin dia akan bertanding dalam PRU 13, siapa tahu?


Kami tidak takut dgn kelantangan anda, namun, bangsa anda sendiri, membenci LGBT ini. Makanya, anda perlulah fikir dgn wajar, dan tidak perlulah untuk berdemokrasi sangat sedangkan LGBT ini tentu salah dalam semua agama. Diulangi, SEMUA AGAMA. 


Takutlah sikit dengan hukum Allah wahai bangsa begini. Seharusnya, Ambiga dan tukang sponsor yg lain-lain boleh fikir kaedah lebih telus untuk bimbing mereka menjadi insan normal dan berjalan di lorong yg BENAR, bukan makin memesongkan akhlak mereka.


Benda ini ditentang keras bukan sahaja di negara Islam, malah negara Barat. Makanya, dirisaukan dan tolonglah diambil tindakan kepada mereka-mereka yg cuba menentang hukum Allah ini..

:: Insaflah wahai akak Peguam ::
Kalau nak raih undi PRU 13, banyak lagi cara Lain...

Monday, 19 September 2011

Melayu Boleh Baca dan Terus Marah; Itulah Melayu


Assalamualaikum sahabt serabut akal semua!!

Entri ini bukan untuk membangkitkan perpecahan dan keserabutan 
harmoni di Malaysia.
Aku nak kau orang, yup engkau! Melayu... Sila baca dan kau fahamilah kenapa Melayu dipanggil Bodoh! Aku Melayu, dan aku juga sentap membacanya..
Serabut Emosi aku bila baca.. Celaka Benar !!!

1. bila ada calon melayu, masih juga mengundi calon bukan melayu.

2. bila ada kedai atau mini market melayu, masih juga berbelanja di kedai bukan melayu.

3. bila sudah ada bengkel membaiki kenderaan yang diusahakan oleh orang melayu, masih juga menghantar kenderaan ke bengkel bukan melayu.

4. bila ada kedai makan melayu, masih juga makan di kedai bukan melayu yang status halalnya diragui.

5. bila sudah ada produk makanan keluaran orang melayu sendiri, masih juga menggunakan produk makanan keluaran bukan melayu.

6. bila diajak bersatu untuk masa depan politik melayu tak mahu, tapi sanggup bersatu dengan pihak yang memang hendak menjatuh kerajaan yang di pimpin oleh orang melayu sendiri.

7. bila sanggup berpakat dengan dengan parti yang tak pernah bersetuju dengan negara islam dan hukum Hudud untuk menang plihanraya yang kononnya akan melaksanakan islam di negara ini jika berpeluang membentuk kerajaan.

8. bila sanggup mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan, manakala polis dan tentera yang menentang komunis di katakan pengganas.

9. bila bukan melayu yang mencapai umur 21 tahun berebut2 mendaftar sebagai pengundi, tapi orang melayu yang mencapai umur 21 tahun buat tak kisah sahaja.

10. bila tindakan pihak berkuasa agama hendak menyelamatkan umat islam daripada di murtadkan, tapi ada parti melayu yang mempertikaikan.

11. bila Melayu sudah tidak mengaku Melayu dengan mencampakkan tudung dan budaya nenek moyang ke dalam longkang

12. bila Melayu sudah sosial serupa Bangsat dan mabuk seupa anjing diracun tuba.

(blog nie memang politik sgt, tapi apa yg aku kupas hanyalah isu yg dibicarakan. so abaikan motif blog si bro faisal nie ok??)


Maaf atas kasarnya bahasa aku. Tapi Melayu akan terus diam jika tidak ada yang datang mengetuk...

Salam Serabut, wassalam...